TARIKH
|
AKTIVITI
|
UNIT
|
TINDAKAN
|
09.01.2018
|
PERTANDINGAN MENCIPTA
LOGO EKSA IKBN K.P
|
UNIT PROMOSI EKSA
|
SEMUA ZON
|
26.01.2018
|
PROGRAM GOTONG- ROYONG (SISIH)
|
UNIT PROMOSI EKSA
|
SEMUA ZON
|
06.02.2018
|
LAWATAN PENANDAARASAN
EKSA IKBN SERI ISKANDAR
|
UNIT LATIHAN
|
JK EKSA
|
09.02.2018
|
PROGRAM GOTONG-ROYONG
SIRI-2
|
UNIT PROMOSI EKSA
|
SEMUA ZON
|
LAWATAN PENANDAARASAN EKSA KE IKBN SI
GOTONG ROYONG EKSA SIRI 2 2018
IKBN KUALA PERLIS 9 FEB 2018. - Amalan bergotong-royong perlu dikekalkan kerana ia boleh mengukuhkan ikatan persahabatan dan hubungan kerjasama sesama kita yang sekarang ini berdepan arus pemodenan dan sering kesuntukan waktu untuk menjalankan aktiviti seperti ini. Jesteru itu, JK INDUK EKSA IKBN Kuala Perlis mengambil anisiatif dengan mengadakan program gotong-royong pengenalan EKSA (Ekosistem Kendusif Sektor Awam) kali kedua pada 19 Feb 2018.
Program dijalankan, diketuai oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin selaku koordinator hadir bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ketua Jabatan Teknologi Awam, Ketua Jabatan Teknologi Automotif, semua kakitangan dan pelajar.Program gotong-royong ini merangkumi kerja-kerja mengecat Garaj kereta dan penghadang jalan, di mana pelajar akan dibahagikan mengikut sektor masing-masing.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_CgvaL-mOTjAc4hBS0oImf78X97j_je5jFd5szt_LAn64sS3GBwIPCCyT-DC5x09AoK9aK-yqmxtT_JO0mCis994JPaO6qef-p8gm376hnuK_ZXYX98N5kqPrM5Ppl8EUXLO2czcKs-8/s400/IMG20180209102409.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiq28Mx6waGwhhB0jnqyEKkmesADvSMuuN2sFt1oN44mGOZlvaabsI32_FEfPY4ZlGVIHpRtac37n-_3ZAyxuethDYVJ-OXYaNbvMC2pl6cXtTRQ8dGcrGWRl65PeigJ_61E8jTXf6LHkY/s400/IMG20180209102612.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-Vid0Abfi58ClqWYi0q4owclJEQDiYZGhanQNYYsEmYwHQCT8Xj4dxk0qaUQ_QMps5cdt62T4jXyOD7splqdnL0Je3CyLtLyf_ORbMt_057LEXVJFUA6MjrbfXQtwq2655GeS2eynzz8/s320/IMG20180209094031.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUvYKGK8Y4zqh1JpCXeTFSfnSz4UyO4W5Sf75oRRiDPBtNWQVEruxtzUBHW3zsQ0A-CEnh_5GRUm3CTsVE2z5RSTkL2I6FnEduW36BkrrtXFvm4OGdiZGdkg9ZbbNWEuebUwNZNsAq4gk/s320/IMG20180209094348.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGOZdPZ7erC0LXDEaYAKAqGY-WwW_QcMK8Zkj4zyC3IMsWnsdutny2avyjNMwE3ULGwLCzPYA-1SZEBIChFwwHFr9yv_mG3p5w5_fCRu_nj6mpiLHgQWk2Ei3_MlZjVD-2T1e3HkjPFdU/s320/IMG20180209153610.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1WzTtOEbuTd9v_q4EbO7Pf94zdfvysBXXmwgSM2rpxp6LGSw40nNHGV3NQX0N2Hb8UB8uqhfEr9BVTlGpvZIX7rNvixuxSbljZa8DeyJhgXrlLxBapVqTiQB2STHeokaF7xDoDM4C5gs/s320/IMG20180209094300.jpg)
Pada 26 Jan 2018 telah diadakan satu Program Gotong Royong
Promosi EKSA kali ke-1 bagi persediaan pengenalan EKSA di IKBN Kuala Perlis.
Kuala Perlis, 25 Ogos 2017 bersamaan hari Jumaat jam 8.00 pagi IKBN Kuala Perlis telah mengadakan gotong – royong untuk membersihkan dan mengemaskan seluruh kawasan IKBN termasuk bengkel – bengkel, pejabat pentadbiran, dewan makan, asrama, kafeteria dan lain – lain. Gotong – royong ini dilaksanakan bertujuan sebagai persediaan bagi Program Kempen Amalan 5S (EKSA) mengikut kehendak yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia Dan Sukan untuk semua IKBN serta IKTBN seluruh Malaysia.
Di semua bengkel gotong – royong telah dijalankan mengikut sub zon masing – masing dimana dipecahankan kepada sub zon utama seperti bilik pengajar, bilik kuliah, setor eventori dan bahan guna habis, tandas, makmal komputer, bilik elektrikal dan elektronik, bilik portfolio serta kawasan bengkel O dan P . Pelajar – pelajar di Bahagian ini telah diagihkan mengikut sub zon tersebut dengan pemantauan dilakukan oleh pemilik sub zon. Langkah pertama semua sub zon di beri arahan untuk mengemas dan menyisihkan semua barang atau peralatan yang tidak digunakan untuk dikumpul di tempat yang ditetapkan sebelum dibuang atau dijual. Langkah berikut ialah menyusun semula barang – barang dan peralatan supaya kelihatan kemas dan teratur. Selain daripada itu, pelajar – pelajar juga diminta untuk mengecat lantai dan dinding bengkel serta tandas supaya kelihatan menarik dengan pemantauan daripada pemilik sub zon masing – masing. Proses melabel peralatan dan perabut juga dilakukan selain membuat garisan pembahagi supaya kelihatan lebih kemas dan tersusun. Gotong – royong telah ditamatkan pada jam 5.00 petang walaupun tidak selesai sepenuhnya dan akan di sambung dari masa ke semasa.