Monday, February 19, 2018

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA IKBN KUALA PERLIS


SERI ISKANDAR, 6 Februari 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah membuat Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di IKBN Seri Iskandar.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau dan berkongsi ilmu berkaitan amalan EKSA di IKBN Kuala Perlis. Lawatan ini disertai oleh Ketua Jabatan Teknologi Awam Selaku Ketua Audit EKSA iaitu En Anuarul Bin Mansor serta 15 orang ahli jawatankuasa EKSA IKBN Kuala perlis. Satu Penerangan ringkas berkaitan EKSA telah diberikan oleh penyelaras EKSA Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar seterus dibawa melawat sekitar bahagian dan unit di zon terlibat untuk melihat amalan pelaksanaan EKSA. Diharap dengan lawatan ini, para peserta dapat menimba sedikit pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis dan seterusnya berjaya memperolehi Persijilan EKSA.

No comments:

Post a Comment